Pasangan kekasih disyaki pengedar dadah ditahan

Sepasang kekasih dipercayai pengedar dadah ditahan polis di tepi jalan di kawasan perumahan di Taman Dahlia, Kuah di sini semalam.
Sepasang kekasih dipercayai pengedar dadah ditahan polis di tepi jalan di kawasan perumahan di Taman Dahlia, Kuah di sini semalam.
A
A
A

LANGKAWI - Sepasang kekasih yang disyaki pengedar dadah ditahan polis di tepi jalan di kawasan perumahan di Taman Dahlia, Kuah di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pasangan kekasih berkenaan berada dalam keadaan mencurigakan dalam sebuah kereta jenis Toyota Vios ketika ditahan kira-kira jam 10.47 pagi.

"Ketika ditahan, polis menemui dadah jenis heroin dianggarkan seberat 21.45 gram (g) dalam satu peket plastik lut sinar dalam kereta tersebut.

"Hasil siasatan mendapati, suspek lelaki merupakan warganegara Thailand sementara teman wanitanya adalah rakyat tempatan.

"Pasangan kekasih terbabit dikatakan baru berjinak-jinak menjadi pengedar dadah di pulau itu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, sehubungan itu, kedua-dua suspek ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan ditahan reman untuk siasatan lanjut.

Dalam perkembangan sama, katanya, pihaknya turut menahan seorang lagi tokan dadah pada hari yang sama kira-kira jam 12.32 tengah hari di tepi jalan Taman Nilam.

Katanya, lelaki berusia 24 tahun itu ditahan ketika menunggu pelanggan di tepi jalan tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Hasil tangkapan itu, polis menemui dua keratan straw lut sinar, 10 peket plastik lut sinar berisi bahan disyaki dadah jenis syabu anggaran berat 53.30g, 21 keratan straw lut sinar dan enam peket plastik lut sinar berisi bahan disyaki dadah jenis heroin anggaran berat 46.81g," katanya.

Beliau berkata, suspek juga ditangkap di bawah akta sama dan ditahan reman untuk siasatan lanjut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!