15 warga China diberkas terlibat perjudian dalam talian

Antara individu yang ditahan dalam serbuan di sebuah banglo di Kelana Jaya, di sini, hari ini.
Antara individu yang ditahan dalam serbuan di sebuah banglo di Kelana Jaya, di sini, hari ini.
A
A
A

PETALING JAYA - Seramai 15 individu termasuk tiga warga China diberkas dalam serbuan di sebuah banglo di Kelana Jaya di sini hari ini selepas disyaki terlibat perjudian dalam talian.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, rumah tersebut dipercayai sebagai pusat operasi panggilan judi dalam talian.

"Kita turut merampas 11 set komputer dan 57 telefon bimbit ketika serbuan pada jam 12 tengah hari itu," katanya pada sidang akhbar hari ini.

Nik Ezanee berkata, siasatan awal mendapati kumpulan itu menganjurkan permainan judi dalam talian dengan menyasarkan pelanggan dari Kanada pada sebelah pagi manakala pelanggan dari China pada sebelah petang.

"Siasatan turut mendapati kesemua suspek berusia 21 hingga 50 tahun itu dipercayai masuk ke negara ini pada Oktober tahun lalu sebelum melakukan kegiatan berkenaan dua bulan kemudian dengan bayaran gaji RM5,000 sebulan," katanya.

Kesemua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!