Projek rintis klinik kesihatan dua syif dilaksanakan

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memilih beberapa klinik kesihatan sebagai projek rintis pelaksanaan perkhidmatan dua syif.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan jawatan bagi meningkatkan sumber manusia di klinik perintis itu akan dilakukan selain meningkatkan peralatan dan fasiliti.

Menurutnya, cadangan pelaksanaan klinik dua syif itu baik bagi mengurangkan masalah berkaitan.

"Cadangan itu baik... tetapi isu pelaksanaan harus diketengahkan atau dibincangkan dengan agensi terlibat," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: KKM cadang laksana dua syif di klinik

Terdahulu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa supaya ditangguhkan cadangan pelaksanaan sistem syif di klinik kesihatan seluruh negara sehingga perbincangan dengan kesatuan dilaksanakan.

KKM sebelum ini bercadang menyediakan perkhidmatan dua syif di hospital dan klinik terpilih supaya dapat mengatasi masalah kesesakan di ruang menunggu fasiliti tersebut.

Dr Noor Hisham berkata, pelaksanaan itu akan bermula di hospital atau klinik kategori dua dan tiga yang besar dan sesak.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!