Kes kemalangan di Pulau Pinang meningkat setiap tahun

M Thurkahthevi (dua, kanan) ketika di pelancaran advokasi khas keselamatan jalan raya sempena Tahun Baharu Cina di Bagan Jermal semalam.
M Thurkahthevi (dua, kanan) ketika di pelancaran advokasi khas keselamatan jalan raya sempena Tahun Baharu Cina di Bagan Jermal semalam.
A
A
A

BUTTERWORTH- Statistik kemalangan jalan raya di Pulau Pinang yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan peningkatan saban tahun.

Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Pulau Pinang M Thurkahthevi berkata, bagi tahun 2016 sebanyak 42,244 kes dilaporkan yang menunjukkan peningkatan sebanyak 763 kes pada tahun berikutnya iaitu menjadikan bilangan kes sebanyak 43,007 kes.

"Manakala 2018 juga dilihat meningkat namun kita belum ada data lengkap lagi dan akan dikemas kini dalam masa terdekat," katanya.

Bagaimanapun, bilangan kematian yang membabitkan kemalangan jalan raya pula dilihat menurun.

"Penurunan dicatatkan sebanyak 10 kes pada tahun 2017 iaitu 401 kes berbanding tahun sebelumnya 411 kes," katanya.

"Walaupun jumlah kematian dilaporkan menurun, namun JKJR proaktif untuk melakukan kempen-kempen keselamatan jalan raya di semua peringkat bagi mencapai statistik sifar kematian setiap tahun," katanya.

Beliau berkata, sikap antara faktor utama penyumbang kepada kemalangan jalan raya.

"Faktor-faktor lain seperti keadaan jalan, cuaca dan sebagainya, juga berkait rapat, namun peratusannya tidak tinggi berbanding sikap pengguna.

Artikel Berkaitan:

"Sebaliknya jika kita teliti, daripada kemalangan-kemalangan yang berlaku, jelas sekali sikap segentir pengguna jalan raya, itu antara faktor penyumbang terbesar," katanya ketika menghadiri pelancaran advokasi khas keselamatan jalan raya sempena Tahun Baharu Cina di Bagan Jermal semalam.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!