Persediaan buka sekolah capai 90 peratus

Hang Soon (dua dari kiri) diiringi Timbalan Menteri Pendidikan II, Muslimin Yahaya (dua dari kanan) melakukan lawatan di dewan SMJK Yoke Kuan yang masih dalam pembinaan di sini hari ini.
Hang Soon (dua dari kiri) diiringi Timbalan Menteri Pendidikan II, Muslimin Yahaya (dua dari kanan) melakukan lawatan di dewan SMJK Yoke Kuan yang masih dalam pembinaan di sini hari ini.
A
A
A

SEKINCHAN - Kadar pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi sesi persekolahan kelas peperiksaan awam yang dibuka pada 24 Jun ini berada pada tahap 85 hingga 90 peratus.

Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, hasil pemantauan beliau di sembilan sekolah di beberapa negeri mendapati ia berada pada tahap kesiapsiagaan yang baik.

"Sekolah dilawati juga memahami dan mematuhi Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

"Kita akan memastikan semua sekolah yang akan dibuka ini bersedia dan mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan," katanya pada sidang media selepas melakukan Lawatan di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Yoke Kuan di sini hari ini.

Hang Soon berkata, pihaknya juga akan menjalankan pemeriksaan mengejut di beberapa sekolah lain dalam waktu terdekat.

"Tindakan ini dilakukan bagi memastikan sekolah yang dilawati ini sentiasa dalam keadaan bersedia dengan normal baharu ini," katanya.

Ditanya sesi persekolahan untuk murid sekolah kebangsaan, Hang Soon berkata, perkara itu akan diumumkan Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin.

"Apa yang penting dalam keadaan menangani penularan Covid-19, kita ingin memastikan murid, guru dan warga sekolah berada dalam keadaan sihat untuk hadir ke sekolah.

Artikel Berkaitan:

"Guru perlu memainkan peranan mereka bukan sahaja dalam aspek Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) tetapi memastikan keadaan kesihatan murid diberi keutamaan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!