Alat pengesan khas digunakan
GEORGETOWN - Alat pengesan khas digunakan untuk mengesan lokasi kereta SUV Mazda CX-5 yang terjunam dalam laut selepas terlibat dalam kemalangan awal pagi semalam.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Mohd Hafiz Hafizal Timaradin berkata, alat pengesan khas itu dibekalkan sebuah syarikat swasta, Marine Science Technology Sdn Bhd yang turut menghulurkan bantuan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR).
"Syarikat berkenaan ingin menghulurkan bantuan dengan meminjamkan alat pengesan Sonar Teledyne T20P yang mampu mengesan objek di dasar laut. Objek tersebut mampu mengesan objek sedalam 400 meter.
"Dengan penggunaan alat pengesan terbabit, kita berharap dapat petunjuk untuk lokasi kereta itu terjatuh. Operasi hari ini masuk hari kedua dan kawasan pencarian diluaskan sejauh 2 batu nautika," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Terjunam ke laut selepas kemalangan]
[ARTIKEL BERKAITAN: Terkejut nampak kereta terjunam dalam laut]
[ARTIKEL BERKAITAN: MRSC Langkawi, TLDM sertai SAR]
[ARTIKEL BERKAITAN: Bomba temui buku manual kereta dalam laut]
[ARTIKEL BERKAITAN: Kereta terjunam dalam laut, bapa mangsa tampil buat laporan polis]
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!