Pilihan raya Macedonia Utara diadakan 15 Julai ini

Stevo Pendarovski
Stevo Pendarovski
A
A
A

SKOPJE - Parti politik Macedonia Utara pada Isnin bersetuju untuk mengadakan pilihan raya umum pada 15 Julai, lapor agensi berita Anadolu.

Sebelum ini, ketua parti pemerintah, Demokrat Sosial, Zoran Zaev dan pemimpin parti pembangkang utama Hristijan Mickoski berkata, kedua-dua pihak bersepakat pilihan raya ditangguhkan akibat penularan Covid-19.

Pilihan raya itu pada awalnya dijadual pada 12 April.

Presiden Stevo Pendarovski di Twitter berkata, beliau menyambut baik keputusan itu dan berharap dapat mengadakan pilihan raya yang adil dan demokratik.

Pendarovski mengisytiharkan darurat selama lapan hari bermula Isnin bagi memastikan persiapan berjalan lancar dan untuk melindungi kesihatan awam. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!