KFC benarkan semula makan di premis

Perkhidmatan makan di premis atau dine-in kini dibuka semula di semua restorannya di seluruh negara.
Perkhidmatan makan di premis atau dine-in kini dibuka semula di semua restorannya di seluruh negara.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bagi penggemar makanan segera KFC, perkhidmatan makan di premis atau 'dine-in' kini dibuka semula di semua restorannya di seluruh negara.

Dalam kenyataannya hari ini, KFC berkata, pembukaan semula perkhidmatan itu disertakan dengan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) termasuk jarakan sosial.

“Kini, pelanggan boleh mengalami semula suasana ceria di restoran KFC berserta aroma ayam goreng baru masak yang menyelerakan.

“Bersempena pembukaan semula perkhidmatan makan di premis ini, KFC melancarkan video parodi khas untuk pelanggan,” katanya.

Untuk menonton video berkenaan, pelanggan boleh melayari https://www.youtube.com/watch?v=kbn0y8EZfr0&feature=youtu.be dan www.kfc.com.my/LayanPlaylist untuk mendengar senarai lagu.

Dalam pada itu, pelanggan tetap dialu-alukan untuk menggunakan perkhidmatan 'Contactless Delivery' yang membolehkan pesanan dihantar terus ke rumah atau 'Contactless Self-Collect' untuk pesanan diambil sendiri di premis.- Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!