Bukit Aman panggil Hannah beri keterangan

Hannah Yeoh - Foto Bernama
Hannah Yeoh - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas timbalan menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh akan dipanggil memberi keterangan berhubung kenyataan yang dikeluarkan dalam laman sosialnya baru-baru ini.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, Ahli Parlimen Segambut itu dipanggil untuk memberi keterangan pada 23 Jun ini.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Hannah menerusi laman Twitternya memaklumkan dipanggil ke Bukit Aman bagi memberi keterangan berhubung satu catatannya sebelum ini yang mempersoalkan status Pelan Strategi Kebangsaan Bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur di bawah timbalan menteri sekarang, Siti Zailah Mohd Yusoff. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!