TNB perluas pemasangan meter pintar di seluruh negara

Meter pintar mempunyai banyak kelebihan dan teknologi yang digunakan adalah berkesan untuk mengawal penggunaan elektrik.
Meter pintar mempunyai banyak kelebihan dan teknologi yang digunakan adalah berkesan untuk mengawal penggunaan elektrik.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Bhd (TNB) merancang untuk memperluaskan pemasangan meter pintar di seluruh negara dengan sasaran 1.2 juta unit di Lembah Klang selepas kejayaannya memasang 340,000 unit di Melaka.

Ketua Pegawai Runcit TNB, Megat Jalaluddin Megat Hassan berkata, syarikat utiliti tersebut dijangka membekalkan hampir sembilan juta unit di seluruh negara menjelang 2021 agar lebih ramai pengguna mendapat manfaat daripada meter berkenaan.

Beliau berkata, meter pintar mempunyai banyak kelebihan dan teknologi yang digunakan adalah berkesan untuk mengawal penggunaan elektrik.

"Antara kelebihan meter pintar ialah pelanggan boleh mengetahui trend penggunaan dan apabila kita mendapat maklumat tentang trend penggunaan, pelanggan boleh mengawal trend itu," katanya dalam temubual di Buletin Utama yang disiarkan di TV3, baru-baru ini.

Megat Jalaluddin berkata, setakat ini, antara maklum balas positif yang diterima mengenai meter tersebut ialah pengguna terus menerima bil elektrik mereka seperti biasa (bukannya bil anggaran) meskipun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Sepanjang tempoh PKP ini, pengguna yang telah dipasang meter pintar tidak terkesan dengan bil anggaran, malah mereka menerima bil sebenar penggunaan semasa tempoh PKP," katanya.

Beliau menambah bil sebenar pengguna boleh diakses terus menerusi e-mel, paparan di aplikasi MyTNB dan laman web TNB.

Katanya, menerusi penggunaan aplikasi itu, pembayaran bil juga lebih mudah, tepat dan telus di samping dapat mengawal dan memantau penggunaan untuk mendidik mereka mengenai penjimatan tenaga.

Artikel Berkaitan:

Setakat ini, lebih 700 juta meter pintar telah dipasang di seluruh dunia termasuk di Eropah and Amerika Syarikat.

TNB memulakan pemasangan meter pintar di bawah projek perintis di Melaka dan Putrajaya sejak 2014 hingga 2016.- Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!