NGO di Melaka sokong kepimpinan Muhyiddin

Muhammad Jailani (tengah) bersama barisan jawatankuasa Penggerak Komuniti Negara Negeri Melaka selepas sidang akhbar di Kota Cemerlang di sini hari ini.
Muhammad Jailani (tengah) bersama barisan jawatankuasa Penggerak Komuniti Negara Negeri Melaka selepas sidang akhbar di Kota Cemerlang di sini hari ini.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini, Penggerak Komuniti Negara Negeri Melaka menyokong penuh pentadbiran kerajaan Persekutuan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengerusinya, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, sokongan tidak berbelah bahagi diberikan apabila Muhyiddin bersama barisan Kabinet berjaya menangani pandemik koronavirus (Covid-19) dengan baik selain memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terjaga sepenuhnya.

Malah, menurutnya, pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan sebelum ini menyeluruh meliputi semua peringkat hingga ke akar umbi rakyat tanpa ada golongan yang tercicir.

"Beberapa pendekatan yang diambil Perdana Menteri telah menyaksikan Malaysia dilihat sebagai sebuah negara yang dapat mengawal pandemik Covid-19 secara bersistematik dan itu penanda aras yang baik bagi situasi Covid-19 di negara ini," katanya pada sidang akhbar di Kota Cemerlang di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Muhammad Jailani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia berkata, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu, diikuti Perintah Kawalan Pergerakan Daerah (PKPD), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan sekarang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), ia merupakan satu proses pendidikan yang begitu penting untuk rakyat saling berganding bahu menangani wabak itu dengan memutuskan rantaiannya.

Menurutnya, situasi itu juga dapat dilihat di negeri ini di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md Ali yang berterusan membantu rakyat untuk kembali meneruskan kehidupan dalam norma baharu demi kesejahteraan dan kebajikan bersama.

"Justeru, kita menyokong usaha Ketua Menteri yang memberikan tumpuan utama mempergiatkan serta memperkasakan sektor ekonomi di negeri ini bagi membantu rakyat terkesan disebabkan Covid-19," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!