Dua Lamborghini 'kembar' berlanggar di lampu isyarat

Dua Lamborghini yang sama model dan warna bertembung di persimpangan lampu isyarat baru-baru ini.
Dua Lamborghini yang sama model dan warna bertembung di persimpangan lampu isyarat baru-baru ini.
A
A
A

SINGAPURA - Ia satu kemalangan yang jarang-jarang berlaku.

Dua buah kereta sport iaitu dari jenis Lamborghini Aventador S, malah kebetulan kedua-duanya berwarna kuning terlibat dalam satu nahas di sebuah persimpangan lampu isyarat di Sembawang di Singapura baru-baru ini.

Menurut portal berita Autoevolution pada 14 Jun lalu, kejadian itu disiarkan menerusi pelbagai platform media sosial seperti SG Road Vigilante – SGRV dan ROADS.sg.

Portal berita RedChili21 melaporkan kereta sport Lamborghini pertama pada mulanya berhenti di persimpangan lampu isyarat.

Namun, tiba-tiba sebuah lagi kereta jentera daripada jenama dan warna yang sama kemudian merempuh Lamborghini Aventador S pertama dari arah belakang.

"Kedua-dua Lambo menunggu untuk membuat selekoh. Tiba-tiba, Lambo di belakang bergerak ke depan dan merempuh Lambo di depan.

"Dalam beberapa saat, ada asap yang keluar dari ruang mesin, diikuti oleh kebakaran," kata seorang saksi yang melihat kejadian dari balkoni rumahnya.

Artikel Berkaitan:

Orang ramai sempat merakamkan video kejadian di Sembawang, Singapura baru-baru ini.
Orang ramai sempat merakamkan video kejadian di Sembawang, Singapura baru-baru ini.

Menurut portal berita Carscoop pada 12 Jun lalu, pemandu kedua-dua kenderaan dilihat mencabut nombor plat kenderaan mereka bagi mengelakkan identiti mereka diketahui.

Bagaimanapun, beberapa pengguna jalan raya berjaya merakamkan gambar dan video kedua-dua kereta sport berkenaan.

Tidak dapat dipastikan sama ada kedua-dua pemandu saling mengenali.

Harga sebuah kereta sport Lamborghini Aventador S 6.5 V12 A ialah S$1,498,000 (RM4.6 juta) berdasarkan senarai harga pengedar kenderaan itu di internet pada 26 November tahun lalu.

Bagaimanapun, harga itu tidak termasuk sijil pemilikan kereta. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!