Covid-19: Mexico, AS lanjut larangan rentas sempadan
MEXICO CITY - Mexico dan Amerika Syarikat (AS) bersetuju melanjutkan lagi larangan perjalanan rentas sempadan darat untuk urusan tidak penting sehingga 21 Julai, di tengah-tengah penularan koronavirus (Covid-19), lapor agensi berita Xinhua.
Larangan perjalanan itu dilanjutkan untuk 30 hari lagi sejak ia mula diperkenalkan pada 21 Mac, menurut Twitter Kementerian Hal Ehwal Luar Mexico semalam.
Bagaimanapun, larangan itu terkecuali untuk tujuan perubatan.
AS negara di dunia yang paling teruk diancam Covid-19, dengan lebih dua juta kes jangkitan dan korban melebihi 110,000 orang.
Mexico pula melaporkan lebih 150,000 kes jangkitan dan 17,580 kematian. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!