Maaf, kami perlukan ruang...
BUTTERWORTH - Sorry, itu antara luahan keluarga kepada pemandu yang terlibat dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang Ahad lalu.
Individu iaitu ayah kepada mangsa bagaimanapun tidak mahu memberikan sebarang kenyataan kepada media.
Keluarga mangsa difahamkan masih lagi terkejut dan sedih akan kejadian tersebut dan mahu diberikan ruang buat sementara waktu.
Mangsa dikenali sebagai Moey Yun Peng, maut setelah kenderaan utiliti sukan (SUV) putih dipercayai dipandunya terhumban ke dalam laut selepas terbabit dalam kemalangan dengan kereta jenis Toyota Vios, ketika dalam perjalanan dari Georgetown menghala ke Seberang Perai.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!