Jepun longgar sekatan, mula penerbangan ke Vietnam

No Image Caption
A
A
A

HANOI - Jepun akan melonggarkan sekatan perjalanan bermula dengan penerbangan ke Vietnam secara terhad pada akhir bulan ini, lapor agensi berita Vietnam memetik Kyodo News.

Pelan itu dibuat dalam rundingan dengan Vietnam, Australia, New Zealand dan Thailand, negara yang menyaksikan pandemik koronavirus (Covid-19) terkawal dan terdapat risiko kes jangkitan import agak rendah.

Jepun dan Vietnam masih mewajibkan tempoh kuarantin 14 hari untuk semua ketibaan.

Di bawah skim baharu, pelancong antara kedua-dua negara akan dikecualikan sekatan ini, jika mereka melakukan ujian 'polymerase chain reaction' sebelum berlepas serta semasa ketibaan dan keputusan didapati negatif.

Mereka juga perlu mengemukakan perincian jadual perjalanan, tempat menginap dan lokasi yang ingin dikunjungi. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!