Yakin Silva terus beraksi dengan City
PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola yakin bintang Sepanyol, David Silva akan terus beraksi dengan pasukan berkenaan sehingga ke penghujung musim ini.
Menurut Guardiola, jika terus setia dengan skuad The Citizens itu, Silva juga akan diberikan majlis perpisahan yang lebih sempurna kelak.
"Bagi saya, dia (Silva) akan bersama pasukan sehingga penghujung musim dan dia akan menamatkan aksi terakhir tanpa kehadiran penonton.
"Bagaimanapun, kita tetap berharap agar dapat menganjurkan satu majlis perpisahan yang terbaik untuknya dengan kehadiran penyokong.
"Justeru kita mahu memberikannya majlis terbaik untuknya kerana dia telah bersama kita sejak 2010," katanya.
Untuk rekod, kontrak Silva tamat penghujung Jun dan pemain berkenaan turut mengatakan bahawa musim ini adalah musim terakhirnya di Etihad.
Sepanjang beraksi dengan City, pemain berusia 34 tahun itu telah membantu pasukan berkenaan memenangi empat trofi Liga Perdana Inggeris (EPL), Liga Juara-Juara (lima) dan dua trofi Piala FA Inggeris.
Sementara itu Guardiola berkata, sejak menyertai City dari Valencia musim 2010 lalu, Silva telah muncul sebagai salah seorang pemain terbaik skukad The Citizens itu.
"Kelab besar menjadi kelab yang hebat apabila mereka memiliki pemain hebat bersama mereka untuk lebih sedekad.
"Seperti Vincent Kompany, Joe Hart, Yaya Toure, Pablo Zabaleta, minta maaf kepada nama yang saya terlupa buat mereka tahu siapa mereka," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!