Kerajaan Pahang pertimbang rampas semual tanah: Wan Rosdy

Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail
Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail
A
A
A

CAMERON HIGHLANDS - Pemilik tanah di negeri Pahang diingatkan agar segera membayar cukai hasil tanah memandangkan Kerajaan Negeri sedang mempertimbang untuk merampas semula tanah daripada pemilik yang sengaja tidak membayar cukai itu dalam tempoh lima tahun berturut-turut.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata ini berikutan jumlah cukai hasil tanah yang tertunggak di negeri ini pada tahun lepas mencecah RM81 juta.

“Itu satu jumlah yang banyak. Kerajaan negeri setakat ini tidak berhasrat untuk merampas balik (tanah) tetapi sifir-sifir hendak rampas balik itu ada.

“Contohnya tanah yang luas selama lima tahun berturut-turut tidak dibayar (cukai), dan tanah kita tengok ada hasil seperti durian musang king dan kelapa sawit, itu mungkin kita rampas sebab dia sengaja tidak bayar (cukai),” katanya selepas merasmikan Dewan Puncak Arabella di sini, hari ini.

Bagaimanapun Wan Rosdy berkata tindakan merampas semula tanah tidak akan dikenakan ke atas mereka yang terbukti tidak mampu untuk membayar cukai.- Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!