Konvoi motosikal dirempuh lori
Rempuhan kira-kira jam 10.30 pagi itu menyebabkan seorang peserta konvoi dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian sementara enam parah dan tujuh lagi cedera.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Mohd Rizal Buang berkata, 13 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan.
Menurutnya, rawatan awal kecemasan kepada mangsa sedang dilakukan sebelum dibawa ke Hospital Tanjung Malim dan Sungai Buloh.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!