Inikah cara kamu balas budi Anwar?

Anwar Ibrahim - Foto Reuters
Anwar Ibrahim - Foto Reuters
A
A
A

IPOH - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak meluahkan kekecewaan terhadap rakan sekutu di dalam Pakatan Harapan (PH) iaitu DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) berhubung keputusan memilih calon Perdana Menteri kesembilan.

Pengerusinya, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata, DAP dan Amanah seharusnya menyatakan pendirian untuk bersama-sama Anwar yang selama ini teguh bersama-sama mereka.

Farhash Wafa Salvador
Farhash Wafa Salvador

Beliau berkata, selama ini Anwar berdepan pelbagai cabaran dan tohmahan sehingga dilabel terlalu liberal serta menjauhi masyarat Melayu kerana kesetiaan terhadap hubungan baik dengan DAP.

"Berhentilah bersikap terdesak. Inikah cara kamu bayar harga sebuah setiakawan yang dibina lebih 20 tahun? DAP dan Amanah sepatutnya berdiri teguh di belakang seorang lelaki yang bersama-sama mereka selama ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tidak adil paksa Anwar terima Tun M calon PM ke-9, kata Nik Nazmi

DAP sokong Dr Mahathir jadi PM, Anwar TPM

Tidak penting siapa PM, selamatkan negara jadi keutamaan: Amanah

Artikel Berkaitan:

"Tindakan dan kenyataan oleh DAP dan Amanah yang tidak menyatakan pendirian bersama-sama Anwar sangat mengecewakan," katanya dalam kenyataan media, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke yang menggesa PKR menyatakan pendirian mengenai cadangan kombinasi Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri bersama Anwar sebagai timbalan perdana menteri mewakili PH.

Menerusi temubual eksklusif oleh sebuah portal berita itu, Anthony mendedahkan PH turut mencadangkan kombinasi pilihan iaitu Anwar sebagai perdana menteri dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai timbalan perdana menteri namun ia ditolak Parti Warisan Sabah (Warisan).

Sementara itu, Ketua Setiausaha Pengelola PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam satu kenyataan menegaskan bahawa tidak adil bagi mana-mana pihak memaksa Anwar untuk menerima Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri kesembilan.

Sambil mengakui PH setakat ini belum mencapai kata sepakat isu Perdana Menteri seterusnya, Nik Nazmi berkata, calon terbaik perdana menteri kesembilan adalah Anwar sendiri susulan keperluan negara mahukan permulaan baharu dan kerajaan bersih.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!