Keluarga tinjau operasi SAR

No Image Caption
A
A
A

GEORGETOWN - Keluarga pemandu kereta SUV Mazda CX-5 dilihat berada di Jeti Pasukan Polis Marin Batu Uban di sini bagi meninjau operasi mencari dan menyelamat.

Lapan ahli keluarganya hadir dan mendengar taklimat dari pasukan penyelamat mengenai operasi yang dijalankan.

Kelihatan seorang wanita dipercayai ibunya sedang ditenangkan ahli keluarganya sambil dilihat mengesat air mata.

Sehingga kini, operasi masih dijalankan dengan kekuatan 38 penyelam dari Pasukan Polis Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Tentera Laut Diraja Malaysia.

Ahli keluarga mangsa berada di Jeti Pasukan Polis Marin Batu Uban bagi meninjau operasi SAR.
Ahli keluarga mangsa berada di Jeti Pasukan Polis Marin Batu Uban bagi meninjau operasi SAR.

Seramai 108 anggota dan pegawai dari keempat-empat agensi itu terlibat dalam operasi yang masuk hari kedua hari ini.

Dalam kejadian awal pagi semalam, mangsa Moey Yun Peng, 20 yang sedang memandu kereta SUV Mazda CX-5 berwarna putih di Jambatan Pulau Pinang terhumban ke laut akibat dirempuh sebuah Toyota Vios.

Mangsa merupakan pelajar sebuah kolej swasta dan tinggal di Taman Kempas, Butterworth.

Artikel Berkaitan:

Ketika kejadian, dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas menyambut hari jadi rakannya di sebuah pusat hiburan di Lebuh Chulia di sini.

Ketika tiba di KM4.0 Jambatan Pulau Pinang, sebuah kereta Toyota Vios yang dipandu rakannya terbabas lalu merempuh kereta mangsa.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!