‘Suspek, mangsa bukan kawan rapat’

Foto Bernama
Foto Bernama
A
A
A

GEORGETOWN – “Kami sudah dua tahun berkawan.” demikian kata seorang rakan dipercayai teman wanita kepada mangsa yang hilang selepas terlibat dalam kemalangan dan terjatuh ke dalam laut di Jambatan Pulau Pinang semalam.

Bagaimanapun, wanita yang enggan dikenali dan tidak dapat menahan sebak itu terus berlalu pergi sebelum sempat dilanjutkan temu bual.

"Saya kawan dengan Moey dalam dua tahun," katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, seorang wanita dipercayai ahli keluarga mangsa yang ditemui Sinar Harian hari ini berkata, hubungan pemandu Toyat Vios yang melanggar kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandu Moey Yun Peng tidak rapat.

"Mereka kawan tapi tak rapat, saya pun tak tahu bagaimana mereka sama-sama terlibat dalam kemalangan ini," katanya.

Semalam, seorang bapa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah selepas anak lelaki berusia 20 tahun tidak pulang ke rumah.

[ARTIKEL BERKAITAN:Kereta terjunam dalam laut, bapa mangsa tampil buat laporan polis]

Laporan dibuat kira-kira jam 5 petang selepas menerima maklumat daripada rakan anaknya, Moey Yun Peng yang memandu Mazda CX5 terlibat kemalangan dan terjatuh ke dalam laut.

Artikel Berkaitan:

Mangsa ialah penuntut kolej swasta serta tinggal di Butterworth dan ketika kejadian dipercayai dalam perjalanan pulang selepas menyambut hari lahir rakan di sebuah pusat hiburan di Lebuh Chulia di sini.

Dalam pada itu, dalam sidang media pagi tadi, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, suspek yang disyaki positif ganja ialah rakan kepada mangsa sejak sekolah rendah.

[ARTIKEL BERKAITAN:Kemalangan di Jambatan P Pinang: Pemandu kereta positif ganja]