Covid-19: Sudah 62 hari Vietnam bebas tanpa kes baharu

Menurut Jawatankuasa Pemandu untuk Pencegahan dan Kawalan Covid-19 Vietnam, jumlah jangkitan di negara ini kekal 335 tanpa kematian. - Foto 123RF
Menurut Jawatankuasa Pemandu untuk Pencegahan dan Kawalan Covid-19 Vietnam, jumlah jangkitan di negara ini kekal 335 tanpa kematian. - Foto 123RF
A
A
A

HANOI - Vietnam masih berjaya mengekalkan sifar kes baharu koronavirus (Covid-19) untuk tempoh 62 hari berturut-turut menjadikan jumlah jangkitan di negara ini kekal 335 tanpa kematian, menurut Jawatankuasa Pemandu untuk Pencegahan dan Kawalan Covid-19.

Antara kes jangkitan itu membabitkan 195 kes import, yang dikuarantin semasa ketibaan, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Jumlah pesakit sembuh pula keseluruhannya seramai 325.

Daripada 10 kes disahkan yang masih menerima rawatan, empat diuji negatif untuk SARS-CoV-2, sekurang-kurangnya dua kali.

Seramai 7,250 kontak rapat pesakit atau mereka yang pernah mengunjungi kawasan terjejas wabak sedang dikuarantin di hospital, pusat kuarantin dan di rumah. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!