Syed Saddiq dipanggil beri keterangan di Bukit Aman
KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dipanggil Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan berhubung temu bualnya bersama wartawan Al Jazeera, Mehdi Hasan.
Syed Saddiq melalui ciapan di Twitternya berkata, beliau bersedia untuk memberi kerjasama penuh dengan pihak polis mengenai temu bual yang dibuat untuk siaran al Jazeera pada 6 Mac lalu.
Beliau turut dimaklumkan bahawa siasatan tersebut dibuat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
"Berani kerana benar," katanya.
Saya telah dipanggil oleh Bukit Aman untuk memberi keterangan siasatan bagi temubual saya bersama Mehdi Hasan.
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) June 18, 2020
Temubual ini untuk siaran Al Jazeera pada 6 Mac 2020 (hampir 4 bulan lepas).
Saya dimaklumkan ia di bawah S.4(1) Akta Hasutan & S.233 Akta Komunikasi & Multimedia.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!