PH terdesak raih undi Orang Asli: Mohd Amar

Mohd Amar
Mohd Amar
A
A
A

KOTA BHARU – PH dilihat terdesak untuk meraih undi Orang Asli di Cameron Highlands dengan mengaitkan isu Orang Asli di Gua Musang, sekali gus menyaman Kerajaan Kelantan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, tindakan saman itu didakwa bagai dirancang kerana dilakukan dalam tempoh waktu berkempen PRK Cameron Highlands.

Beliau berkata, Peguam Negara menjelaskan ia adalah keputusan Kabinet untuk menyaman Kelantan kerana kerajaan negeri dan beberapa agensinya baru-baru ini mengeluarkan lesen pembalakan kepada syarikat swasta di tanah adat Orang Asli Temiar di Pos Simpor, Gua Musang.

“Pada Rabu dan Khamis, ia difailkan kemudian 22 Januari, sebutan kes, nampak sangat ia dibuat secara tergesa- gesa dalam masa singkat.

"Tambahan pula calon PH di Cameron Highlands sudah buat kesilapan komen berkaitan Orang Asli dan ini adalah masa untuk PH dapatkan ‘mileage’ melalui isu di Kelantan.

“Namun saya percaya Orang Asli sudah bijak dan dapat baca langkah PH Ini. Kita buat projek yang mendapat kelulusan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan JAS adalah di bawah Persekutuan," katanya.

"Kerajaan negeri uruskan 500 ekar ini dengan mendapat kelulusan JAS. Kalau ia jejaskan alam sekitar, mana pula peranan JAS,” jelasnya ketika ditemui selepas perasmian Kelantan Free Wifi di Dataran Ilmu hari ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!