Bayi meninggal dunia ketika dijaga pengasuh

No Image Caption
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri ketika dalam jagaan di rumah pengasuhnya di Taman Universiti, Skudai di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Fariz Ammar Abdullah berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari semalam, mangsa ditidurkan selepas diberikan susu oleh pengasuhnya.

Menurutnya, mangsa dihantar secara harian ke rumah pengasuh tersebut.

"Lebih kurang jam 3 petang, pengasuhnya mendapati mangsa tidak sedarkan diri lalu menghubungi ibu mangsa.

"Ibu bapa mangsa dan pengasuh kemudiannya membawa mangsa ke klinik berhampiran namun mangsa telah disahkan meninggal oleh pegawai perubatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, siasatan sehingga kini mendapati tiada unsur jenayah atau penderaan ditemui atas kematian mangsa.

"Bedah siasat telah dijalankan ke atas mangsa pada hari ini dan sebab kematian masih menunggu analisa makmal.

"Mayat telah diserahkan kepada keluarga mangsa untuk dikebumikan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!