Batu 'angkasa' dijual RM959,817 tapi rupa-rupanya tanah liat
SAIGON - Seorang lelaki Saigon kerugian V$5.2 bilion (RM959,817) kepada satu pasangan yang menjualnya beberapa serpihan tanah liat, lapor portal berita VNExpress pada 16 Jun lalu.
Pasangan itu mendakwa beberapa serpihan itu ialah batu dari angkasa lepas.
Justeru itu, pasangan tersebut, Truong Van Son, 49, dan isterinya, Dang Thi Nga, 45, yang juga penduduk daerah Lap Vo di Wilayah Dong Thap, selatan Vietnam ditangkap.
Mereka didakwa atas alasan melakukan penipuan.
Menurut penyiasat, Son dan isterinya didakwa mengambil tanah liat dan mengecatnya dengan warna hitam.
Mereka kemudian membalutnya dengan sejenis kertas arang nipis.
Pasangan itu turut menyebarkan khabar angin bahawa mereka mempunyai meteor yang mampu membekukan merkuri dan merawat beberapa penyakit.
Bagi mendapatkan keyakinan pelanggan, Son melakukan satu muslihat bagi menjadikan tanah liat itu terapung di dalam air dan mencipta beberapa cerita misteri mengenainya.
Lelaki berkenaan kemudian memasukkan bayaran kepadanya secara berperingkat-peringkat.
Selepas menyedari batu angkasa lepas itu tidak memberi manfaat, lelaki itu bertindak membuat laporan polis pada Ogos tahun lalu.
Bagaimanapun, Binh dilaporkan bertindak menghilangkan diri. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!