Kaki lima sebuah bank dilanda banjir kilat

Tular video kaki lima sebuah bank digenangi air akibat hujan berterusan selama tiga jam pada pagi tadi.
Tular video kaki lima sebuah bank digenangi air akibat hujan berterusan selama tiga jam pada pagi tadi.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Hujan berterusan kira-kira tiga jam mengakibatkan banjir kilat di kaki lima sebuah bank di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 10.50 pagi tadi memaklumkan mengenai kejadian.

Menurutnya, seramai 10 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor bergegas ke tempat kejadian.

"Pihak kami menggunakan pam jentera bagi menyedut air dari longkang kecil ke longkang besar sehingga surut," katanya.

Hafisham berkata, limpahan air itu berjaya dikawal pada jam 11.03 pagi dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 12.57 tengah hari tadi.

Sebelum ini, tular video kaki lima sebuah bank di Kuala Selangor dimasuki air akibat banjir kilat.

Sementara itu di Tanjong Karang, hujan lebat lebih dua jam mengakibatkan Jalan Persekutuan berhampiran sebuah bank dinaiki air setinggi 0.5 meter.

Seorang pekerja swasta, Akmal Jahaya, 52, berkata, jalan itu sering dilanda banjir kilat sejak lima tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

Katanya, keadaan itu berpunca akibat daripada sistem saliran yang sempit dan tidak mencukupi bagi menampung kapasiti air berlebihan.

"Saya minta supaya pihak berwajib dapat mendalam dan melebarkan lagi sistem saliran bagi mengelak kejadian sama berulang.

"Malah, saya sendiri melihat sebuah kereta tidak dapat menghidupkan enjin selepas terperangkap akibat banjir kilat ini," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!