Werner bukan Messi atau Ronaldo

WERNER
WERNER
A
A
A

PENYERANG Chelsea diminta supaya tidak meletakkan harapan tinggi The Blues akan menjulang banyak trofi selepas kelab handalan Inggeris itu berjaya membawa masuk penyerang sensasi, Timo Werner.

Bekas penyerang United, Dimitar Berbatov berkata, harapan tinggi yang diletakkan penyokong dan peminat Chelsea itu dirasakan terlalu berat untuk digalas pemain kelahiran Jerman berusia 24 tahun itu.

"Dia memang pemain bagus dan dia telah buktikan bersama kelab RB Leipzig. Tetapi saingan Liga Perdana Inggeris EPL) menjanjikan suasana serta cabaran yang cukup berbeza.

"Untuk menjadi calon juara, Chelsea perlu melakukan lebih banyak usaha keras termasuk merekrut pemain berstatus bintang. Membawa masuk Werner tak memberi sebarang jaminan kerana dia bukan Lionel Messi atau Cristiano Ronaldo," katanya.

Kelmarin, Chelsea telah mengumumkan berjaya mendapatkan khidmat Werner dengan nilai perpindahan yang dianggarkan sekitar 47.5 juta pound (RM227 juta). Namun, The Blues tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai tempoh kontrak Werner.

Pembelian Werner dijangka menjadi momentum kebangkitan Chelsea, apatah lagi mereka telah berjaya mendapatkan khidmat pemain sayap Ajax Amsterdam, Hakim Ziyech selain memburu Ben Chilwell (Leicester City) dan Kai Havertz (Bayer Leverkusen).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!