Mekanik ditahan edar dadah

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan
A
A
A

IPOH - Seorang mekanik dicekup bersama 1.85 kilogram dadah jenis heroin bernilai RM16,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Tersusun Sengat, Simpang Pulai, Selasa lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohamed Nordin Abdullah berkata, lelaki berusia 40 tahun itu turut menjadikan rumahnya sebagai lokasi pembungkusan dan penagihan dadah.

"Ketika serbuan, pasukan pegawai dan anggota Cawangan Siasatan Jenayah Narkotik terpaksa memecah masuk melalui pintu belakang selepas suspek enggan memberi kerjasama.

"Hasil pemeriksaan, polis menemui dadah disembunyikan di bawah sofa di ruang tamu rumah tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, polis merampas dadah serta alat penimbang digital dan plastik kosong dipercayai untuk membungkus dadah tersebut.

"Polis turut merampas sebuah motosikal jenis Yamaha LC 135Y bernilai RM5,000.

"Siasatan mendapati suspek yang tinggal sendirian itu terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah sejak 2016 dan mempunyai dua rekod lampau berkaitan dadah," katanya.

Mohamed Nordin berkata, suspek direman selama enam hari sehingga Isnin depan untuk siasatan mengikut Seksyen 39B (1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!