Garis panduan pengurusan pembukaan semula Prasekolah

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan 24 Jun ini sebagai tarikh pembukaan sekolah -Foto Bernama
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan 24 Jun ini sebagai tarikh pembukaan sekolah -Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM), Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kementerian Perpaduan Negara hari ini memuktamadkan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Prasekolah.

Ketiga-tiga kementerian dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini memaklumkan garis panduan itu disediakan dengan perbincangan bersama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada 15 Jun lalu telah meluluskan garis panduan ini serta bersetuju bahawa tarikh pembukaan semula prasekolah, tabika, tadika kerajaan dan swasta adalah bermula dari 1 Julai (Rabu).

“Garis panduan ini perlu dibaca bersekali dengan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah yang telah dikeluarkan oleh KPM pada 4 Jun 2020,” menurut kenyataan itu.

Garis panduan itu terpakai untuk semua kelas prasekolah, tabika, tadika kerajaan serta swasta dan boleh dimuat turun dari pautan berikut: https://www.moe.gov.my/pemberitahuan/pengumuman.

Melalui laman sesawang itu, didapati garis panduan tersebut mengandungi tujuan ia disediakan selain peranan dan tanggungjawab pentadbir, guru serta pembantu urusan murid, ibu bapa atau penjaga.

Ia turut mengandungi garis panduan pelaksanaan seperti pengoperasian prasekolah, waktu tiba dan pulang serta Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) prasekolah. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!