Pertandingan tiga penjuru di PRK DUN Chini
PEKAN - Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon UMNO/Barisan Nasional, Mohd Shahrim Md Zin, 41, dan dua calon bebas, Tengku Datuk Zainul Hisyam Tengku Hussin, 64, serta Mohd Shukri Mohd Ramli, 49.
Pencalonan kesemua calon terlibat disah dan diumumkan Pegawai Pengurus PRK DUN Chini, Datuk Zaliza Zulkifli kira-kira jam 10.30 pagi ini.
Semua kertas pencalonan diterima dan tiada calon ditolak sekaligus mereka layak untuk bertanding pada PRK ini.
Tengku Zainul Hisham menjadi calon pertama menghantar borang penamaan iaitu pada jam 9 pagi diikuti Mohd Shahrim jam 9.01 pagi manakala kertas pencalonan Mohd Shukri diterima jam 9.04 pagi.
Proses penamaan calon yang berlangsung di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan di sini berjalan lancar.
Hanya calon, pencadang dan penyokong dibenarkan masuk ke dalam dewan utama bagi mengemukakan kertas penamaan calon.
Penyokong ketiga-tiga calon yang hadir menunggu di luar pintu masuk utama dengan dikawal ketat pihak polis.
Petugas media dari pelbagai agensi juga menunggu di luar pintu masuk bagi mengikuti perkembangan proses penamaan calon yang berlangsung.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!