PRK Chini panduan terbaik jika ada pilihan raya
KUANTAN - Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini menjadi panduan terbaik pelaksanaan pilihan raya ketika penularan pandemik koronovirus (Covid-19).
Ketua Polis Pahang, Datuk Abd Jalil Hassan berkata, polis dan agensi terlibat akan memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi sepanjang pilihan raya diadakan.
"PRK Chini adalah contoh terbaik untuk pilihan raya akan datang.. itu pun kalau ada pilihan raya secara mengejut bagaimana pihak polis mengawal penyokong parti," katanya pada sidang akhbar selepas berakhir proses penanaman calon DUN Chini di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) hari ini.
Abd Jalil berkata, pihaknya yakin rakyat Pahang memahami SOP kempen PRK yang telah ditetapkan Suruhanjaya Pilhhan Raya (SPR).
Beliau turut menasihatkan calon bertanding mematuhi kaedah berkempen seperti yang digariskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Calon juga perlu memohon permit sehari sebelum mengadakan ceramah di tempat statik dengan tidak melebihi 250 orang. Kempen dari rumah ke rumah tidak memerlukan permit tetapi hanya tiga individu sahaja yang dibenarkan dan mematuhi SOP," katanya.
Dalam pada itu, Abd Jalil berkata, seramai 600 hingga 650 anggota polis bertugas sepanjang 14 hari sehingga hari pengundian 4 Julai depan.
Menurutnya, mereka akan membuat pemantauan dan memastikan kempen berjalan lancar dengan pematuhan SOP.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!