Shukri mahu perjuangkan isu rakyat
PEKAN - Calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Chini, Mohd Shukri Mohd Ramli berjanji memperjuangkan nasib rakyat jika pengundi di Chini memberikan peluang beliau menjadi wakil rakyat kawasan itu.
Menurutnya, banyak isu rakyat yang gagal diselesaikan pemimpin terdahulu sama ada di peringkat nasional atau negeri hingga membuatkannya mencuba nasib dalam pertandingan tiga penjuru pada PRK kali ini.
"Sebagai calon bebas saya tidak boleh menjanjikan bulan dan bintang sebaliknya boleh berfungsi sebagai pemimpin yang boleh membawa suara rakyat ke peringkat atasan.
"Semestinya saya akan lantang memperjuangkan isu rakyat terutama mengenai alam sekitar pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang," katanya
Mohd Shukri bertanding dengan calon Barisan Nasional (BN) Mohd Shahrim Md Zin dan seorang lagi calon bebas, Datuk Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin pada PRK DUN Chini yang dijadualkan berlangsung 4 Julai ini.
Sementara itu, beliau menafikan dakwaan dirinya sebagai calon tajaan
"Saya masuk bertanding bukan soal kalah atau menang sebaliknya mahu mengangkat isu rakyat.
"Jadi, demi rakyat saya tidak akan undur dan soal kalah atau menang itu nombor dua," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!