Pilih calon yang bawa inspirasi PH: Fuziah

Fuziah Salleh
Fuziah Salleh
A
A
A

PEKAN - Pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) N23 Dewan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini memilih calon yang membawa inspirasi Pakatan Harapan (PH).

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fuziah Salleh berkata, pemilihan calon itu penting demi kebaikan penduduk di kawasan Chini.

Menurutnya, walaupun PKR tidak meletakkan calon namun pihaknya tidak melarang ahli PKR yang berdaftar keluar mengundi.

"Sebagai rakyat Malaysia mereka berhak menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

"Kami menaruh keyakinan pengundi kini semakin bijak memilih calon yang boleh membawa suara rakyat tanpa gentar dan takut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pengundi di DUN Chini ialah pemegang taruh yang penting.

Justeru katanya, mereka wajib menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat bagi memastikan hak dan keperluan terjamin.

Dalam pada itu, Fuziah Fuziah berkata, PKR telah membuat keputusan untuk tidak bertanding kerana penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) masih berjalan.

Artikel Berkaitan:

"Selepas proses penamaan calon selesai hari ini saya difahamkan calon UMNO akan tetap menerima tentangan dari dua calon Bebas yang bertanding," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!