Wanita maut langgar pintu kaca bank
KOCHI - Seorang wanita maut selepas terlanggar pintu kaca di sebuah bank di Perumbavoor di sini.
Beena, 43, yang berasal dari Cheranellore mengalami pendarahan teruk kerana kaca menembusi tubuhnya, lapor Times of India (TOI).
Menurut sumber, mangsa bergegas keluar dari bank untuk mendapatkan kunci kenderaannya.
Bagaimanapun dia secara tidak sengaja melanggar pintu kaca hingga pecah dan terduduk.
Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular di laman sosial menunjukkan sebaik terjatuh mangsa masih mampu berdiri sebelum dibantu petugas bank dan pelanggan yang berada di lokasi kejadian.
Mangsa dilihat duduk atas kerusi dan tompokan darah memenuhi lantai.
Tidak lama kemudian, mangsa dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia kerana kehilangan banyak darah.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!