MPSJ buka aktiviti pasar pagi, pasar malam bersyarat

MPSJ
MPSJ
A
A
A

SUBANG JAYA - Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) telah membuka semula aktiviti perniagaan pasar malam dan pasar pagi secara berperingkat bermula pada 15 Jun lalu mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Yang Dipertuanya, Noraini Roslan berkata, setiap peniaga pasar malam dan pasar pagi mematuhi tarikh operasi ditetapkan termasuk bilangan peniaga yang dibenarkan serta lain-lain syarat ditetapkan oleh MPSJ.

"Setiap peniaga dan pengunjung dikehendaki mematuhi arahan SOP Majlis Keselamatan Negara dan Majlis Perbandaran Subang Jaya.

"Kelulusan lokasi untuk beroperasi bagi pasar pagi dan pasar malam adalah secara terpilih dan berperingkat. Kelulusan beroperasi adalah tertakluk kepada keputusan MPSJ," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Berikut adalah syarat - syarat pelaksanaan digariskan oleh MPSJ.

Syarat-syarat Umum Pemegang Lesen:

a) Mempamerkan lesen perniagaan di bahagian / sudut yang mudah dilihat di gerai / kanopi.

b) Sentiasa hadir menjalankan dan mengawasi perniagaan. Tidak dibenarkan / dilarang sama sekali memindah milik / menyewa atau menjual petak gerai yang telah dikeluarkan lesen.

Artikel Berkaitan:

c) Penggunaan warga asing sebagai pembantu jualan / terlibat di dalam aktiviti perniagaan adalah dilarang / tidak dibenarkan sama sekali. Perkara ini adalah menjadi kesalahan serta melanggar syarat lesen yang dikeluarkan serta arahan Kerajaan Negeri Selangor.

d) Sentiasa menyelenggara dan memastikan petak gerai dan perkakas perniagaan berada dalam keadaan bersih, kemas dan tidak tercemar.

e) Mematuhi saiz petak gerai dan masa / waktu perniagaan yang telah ditetapkan.

f) Sentiasa menjaga kebersihan petak gerai semasa, dan selepas waktu perniagaan. Sampah hendaklah dimasukkan di dalam beg plastik sampah dan diikat kemas sebelum dibuang ke tempat yang dikhaskan.

g) Wajib mempamerkan tanda harga barangan jualan.

h) Pemegang lesen perniagaan adalah dilarang menggunakan polisterin, beg plastik sekali guna, straw plastik atau penyedut minuman plastik dan hendaklah menggunakan produk biodegradasi;

i) Produk biodegradasi yang dibenarkan adalah jenis klasifikasi biodegradasi atau compostable yang telah mendapat pensijilan SIRIM ECO-001:2018 atau SIRIM ECO-009:2016 daripada SIRIM Berhad;

j) Dilarang menjual barangan atau jenama tiruan kepada orang awam di tapak perniagaan.

k) Sekiranya kawasan atau tapak perniagaan terlibat dengan pembangunan/ penyusunan semula, MPSJ berhak untuk membatalkan lesen penjaja yang dikeluarkan tanpa sebarang penggantian tapak.

l) MPSJ berhak untuk mengambil tindakan berdasarkan undang-undang dan akta yang digunapakai dengan Jabatan/Agensi luar yang berkaitan dengan aktiviti perniagaan.

2.2 Syarat-syarat Khusus

2.2.1 Lokasi perniagaan:

a) Hendaklah di kawasan terbuka dan / atau kawasan berpagar;

b) Kawasan perniagaan boleh dikawal laluan masuk, laluan keluar dan perimeter;

c) Laluan masuk dan laluan keluar yang berbeza.

2.2.2 Kedudukan khemah niaga:

a) Perlu mewujudkan jarak sosial minimum 8 kaki (± 2.5 meter) antara gerai / khemah;

b) Saiz kanopi yang standard 8’ X 8’ untuk pasar malam dan pasar pagi.

2.2.3 Penggiliran Perniagaan

i) Para peniaga dibenarkan beroperasi secara bergilir-gilir seperti berikut:

a) Pasar Pagi - Penggiliran harian

Team A: Akan berniaga pada hari Selasa, Khamis & Sabtu sahaja.

Team B: Akan berniaga pada hari Rabu, Jumaat & Ahad)

b) Pasar Malam - Penggiliran secara mingguan. (Selang minggu)

Team A: Akan berniaga pada minggu pertama, ketiga dan selang minggu seterusnya sahaja.

Team B: Akan berniaga pada minggu kedua, keempat dan selang minggu seterusnya sahaja.

c) Pasar Malam - Penggiliran secara mingguan. (Selang 2 minggu)

Team A: Akan berniaga pada minggu pertama, keempat dan selang 2 minggu seterusnya sahaja.

Team B: Akan berniaga pada minggu kedua, kelima dan selang minggu seterusnya sahaja.

Team C: Akan berniaga pada minggu ketiga, keenam dan selang minggu seterusnya sahaja.

ii) Setiap peniaga hanya dibenarkan membuka satu (1) petak niaga sahaja bagi semua aktiviti.

2.2.4 Kawalan keselamatan, lalulintas dan pembersihan:

a) Kawalan pematuhan keselamatan dan lain – lain adalah oleh Pihak Majlis dan penggunaan RELA dibolehkan.

b) Kawalan hendaklah diberi tumpuan kepada laluan masuk dan laluan keluar serta perimeter.

c) Pembersihan kawasan tapak niaga dan disinfeksi peralatan perlu dilakukan setiap hari.

2.2.5 Kawalan kemasukan pengunjung:

a) Setiap pengunjung diwajibkan membuat saringan suhu badan, menggunakan pensanitasi tangan dan menggunakan pelitup muka. Pengunjung yang tidak memakai pelitup muka tidak akan dibenarkan masuk.

b) Pengunjung yang mempunyai suhu badan melebihi 37.5⁰C dilarang memasuki kawasan tapak niaga.

c) Pengunjung diwajibkan memuat turun dan mendaftar dalam aplikasi Selangkah Selangor / atau tulis buku pendaftaran bagi tujuan ‘contact tracing’;

d) Pengunjung yang terlibat sebagai PUS (Patient Under Surveillance) dan PUI (Patient Under Investigation) atau di dalam perintah kuarantin tidak dibenarkan masuk.

e) Bagi pengunjung yang mempunyai gejala batuk dan selsema diwajibkan memakai pelitup muka.

f) Hanya dua orang bagi satu keluarga sahaja yang dibenarkan masuk ke kawasan pasar / tapak niaga.

g) Pengunjung berumur 13 tahun dan ke atas sahaja yang dibenarkan masuk ke kawasan pasar / tapak niaga.

h) Tempoh maksima 30 minit bagi setiap pengunjung untuk berada di dalam kawasan pasar / tapak niaga.

i) Tempat beratur sebelum memasuki kawasan pasar dan hadapan gerai hendaklah ditanda dengan jarak satu meter antara

satu sama lain;

j) Digalakkan berurusniaga secara tanpa tunai.

k) Pergerakan dalam kawasan pasar mestilah terkawal secara sehala sahaja. Laluan pintu masuk dan keluar yang berbeza.

l) Kawalan bilangan pengunjung dalam pasar pada satu-satu masa adalah bergantung kepada saiz lokasi pasar seperti yang

ditentukan oleh pihak MPSJ.

2.2.6 Konsep Jualan hendaklah secara bungkus (take away) sahaja.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!