Sorok 50kg daun ketum bawah tayar
PASIR PUTEH - Seorang lelaki menyembunyikan 50kg daun ketum di bawah timbunan tayar simpanan bagi mengelak dikesan penguat kuasa.
Bagaimanapun, perbuatan lelaki berusia 26 tahun itu itu dapat 'dihidu' polis yang membuat pemeriksaan di Kampung Gong Jenarah, Bukit Yong di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd Azmir Damiri berkata, lelaki berkenaan yang memandu pacuan empat roda ketika ditahan.
"Ketika itu polis melakukan rondaan cegah kemalangan dan pemantauan koronavirus (Covid-19) dan kita dapati dia memandu kenderaan dalam keadaan mencurigakan.
"Pemeriksaan dilakukan dan kita menjumpai 217 bungkusan plastik dipercayai daun ketum dianggarkan bernilai RM1,500," katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, lelaki berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh dan saringan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methampitamine.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!