Peruntukan Penjana RM102 juta bantu ibu tunggal, OKU

Siti Zailah
Siti Zailah
A
A
A

KOTA BHARU - Sebanyak RM102 juta peruntukan yang diluluskan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) akan diagihkan dalam masa terdekat kepada armalah dan orang kurang upaya (OKU), kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff.

Siti Zailah berkata, RM45 juta daripada peruntukan itu akan diagihkan kepada armalah iaitu ibu tunggal manakala RM57 juta pula bagi bantuan tambahan kepada OKU.

"Bagi permohonan untuk armalah, mereka perlu berdaftar dengan Jabatan Pembangunan Wanita di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat manakala OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menerima bantuan 'one-off' RM300 seorang.

"Permohonan bantuan yang diberikan kepada dua golongan sasar ini adalah kali pertama diluluskan yang dapat membantu mengurangkan beban armalah yang difokuskan kepada mereka yang menjadi ketua keluarga selepas kematian atau berpisah dengan suami selain mempunyai bilangan anak yang ramai," katanya selepas mengadakan lawatan kerja di Pusat Latihan Armalah Wanita OKU dan Armalah di Bazar Siti Aisyah, Jalan Buluh Kubu di sini hari ini.

Pada masa ini, kementerian bersama syarikat korporat dan badan bukan kerajaan (NGO) mengambil inisiatif mewujudkan Yayasan Pembangunan OKU Malaysia yang berfungsi sebagai satu platform bagi membantu golongan istimewa itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!