Tiga hari tahan sakit cincin lekat di jari manis
KLUANG - Seorang lelaki terpaksa menahan kesakitan sejak tiga hari lalu apabila jari manis tangan kanannya membengkak selepas cincin dipakainya gagal ditanggalkan.
Mangsa berusia 49 tahun itu kemudiannya ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom untuk mendapatkan rawatan sebelum hospital bertindak mendapatkan bantuan bomba jam 4.40 petang semalam.
Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Pegawai Bomba Kanan II Halim Misnan berkata, lima anggota membantu menanggalkan cincin berkenaan menggunakan peralatan khas.
"Cincin tersebut dapat dipotong dalam tempoh 15 minit," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!