Taruhan muka baharu

Pemain beregu lelaki Denmark, Mads Conrad Peterson yang kini di ranking ke-15 dunia adalah antara muka baru yang dibawa masuk oleh Kepong BC bagi mengharungi pusingan akhir SSPL 2018/19. Kredit photo: BWF
Pemain beregu lelaki Denmark, Mads Conrad Peterson yang kini di ranking ke-15 dunia adalah antara muka baru yang dibawa masuk oleh Kepong BC bagi mengharungi pusingan akhir SSPL 2018/19. Kredit photo: BWF
A
A
A

PINTU perpindahan pemain yang dibuka semula sehingga 15 Januari lalu memberikan peluang kepada kesemua enam pasukan membawa masuk pemain baharu menjelang pusingan akhir SS Purple League (SSPL) 2018/19 di Arena Of Stars, Resorts World Genting pada 24 hingga 27 Januari ini.

Pemenang pusingan pertama SSPL musim ini, Ampang Jaya BC tidak melakukan perubahan drastik, namun mereka berjaya mengikat pemain perseorangan wanita Thailand, Pornpawee Chochuwong.

Pengurus Ampang Jaya BC, Ho Khek Mong berkata, pasukannya membuat kejutan apabila membawa masuk Pornpawee sekalipun mereka tetap mengharapkan sentuhan Goh Jin Wei yang berada pada prestasi terbaik ketika ini.

“Cuma pertindihan jadual pusingan akhir SSPL dan Indonesia Masters memerlukan kita bersedia. Apapun saya tidak risau kerana bukan kami sahaja, sebaliknya semua pasukan akan menghadapinya sebagai cabaran.

“Dengan persediaan jangka masa panjang, saya harap kemenangan akan diteruskan dalam saingan akhir SSPL. Saya yakin pemain mampu untuk memburu kejuaraan sulung SSPL,”tambah Khek Mong.

Pemain perseorangan wanita Thailand, Pornpawee Chochuwong adalah pemain baru yang akan memperkuatkan Ampang Jaya BC dalam pusingan akhir SSPL 2018/19 nanti. Kredit photo: BWF
Pemain perseorangan wanita Thailand, Pornpawee Chochuwong adalah pemain baru yang akan memperkuatkan Ampang Jaya BC dalam pusingan akhir SSPL 2018/19 nanti. Kredit photo: BWF

Ampang Jaya BC dengan rekod tanpa kalah musim ini turut memiliki nama-nama besar antaranya pemain nombor satu dunia dari Jepun, Kento Momota, Lee Zii Jia, Chan Peng Soon, Brice Leverdez dan ramai lagi.

Bagi Ketua Jurulatih Petaling BC, Ismail Saman, kemasukan pemain baharu adalah bertujuan untuk memperkuatkan lagi pasukannya.

Artikel Berkaitan:

"Ini adalah pelan kita untuk mengatasi kelemahan yang ada dan kita harus memperbaikinya. Lawan kita di suku akhir nanti adalah Tebrau City BC, jadi atas kertas memang nampak mudah kerana kita pernah menang ke atas mereka sebelum ini.

“Tetapi mereka mungkin akan memberi saingan sengit kerana ini adalah peringkat kalah mati. Jangan dibuai dengan kemenangan lalu yang hanyalah sejarah,” jelas Ismail.

Antara nama baharu yang dibawa masuk Petaling BC termasuklah Jan O’ Jorgensen (Denmark), Chong Wei Feng (Malaysia), Yip Pui Yin (Hong Kong) dan Bodin Isara (Thailand).

Juara musim lalu, Puchong United BC turut memperkuatkan pasukan dengan beberapa nama baharu seperti Lin Guipu (China), Kim Sa Rang dan Eom Hye Won (Korea).

Persiapan naib juara musim lalu, Kepong BC bagi mengulangi kejutan juga dilihat sangat menarik dengan kemasukan Mads Conrad Petersen (Denmark), Ricky Karandsuwardi serta Rian Agung Saputro (Indonesia).

Dua lagi pasukan iaitu Tebrau City BC dan Serdang BC turut membawa masuk tenaga baharu. Tebrau City BC membawa masuk pemain perseorangan lelaki dari Thailand, Adulrach Numkul. Serdang BC turut tidak ketinggalan apabila berani mendedahkan pemain muda tempatan mereka dengan membawa masuk Mohd Syazmil Idham Zainal Abidin.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!