RUU tangani kesan Covid-19 dijangka kuat kuasa September

Takiyuddin (kanan) meninjau ruang kamar mahkamah ketika melakukan lawatan kerja di Mahkamah Majistret Setiu, Bandar Permaisuri hari ini. Turut hadir, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Ahmad Terrirudin Salleh. - Foto Bernama
Takiyuddin (kanan) meninjau ruang kamar mahkamah ketika melakukan lawatan kerja di Mahkamah Majistret Setiu, Bandar Permaisuri hari ini. Turut hadir, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Ahmad Terrirudin Salleh. - Foto Bernama
A
A
A

PERMAISURI - Rang Undang-Undang (RUU) Pelaksanaan Langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan Covid-19 dijangka dapat dikuatkuasakan selewat-lewatnya September depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, proses penggubalan RUU itu sudah berada di peringkat akhir dan akan dibawa ke Kabinet Julai ini sebelum dibentangkan di Parlimen pada bulan sama.

"Kita telah mendapat maklum balas daripada hampir semua kementerian dan sekarang dalam peringkat terakhir untuk dibawa ke Kabinet sebelum bentang di Parlimen.

"Kita akan bawa ke Kabinet dan bentang di Parlimen pada Julai ini dan insya-ALLAH Ogos atau September, kita dah boleh kuat kuasa," katanya selepas lawatan kerja ke Mahkamah Majistret Setiu di sini hari ini.

Penguatkuasaan RUU tersebut diharap dapat meminimumkan impak penularan pandemik Covid-19 yang memberi kesan langsung terhadap ekonomi dan sosial kepada rakyat dan industri.

Dalam perkembangan lain, Takiyuddin berkata, 82 bangunan mahkamah sudah dikenal pasti untuk dinaik taraf di seluruh negara bermula tahun ini.

Beliau berkata, sebahagian daripadanya sedang dalam proses penambahbaikan untuk keselesaan kepada kakitangan dan orang ramai sekali gus meningkatkan imej serta reputasi mahkamah di Malaysia.

"Di Terengganu sendiri kita jangkakan di Setiu akan dibina Kompleks Mahkamah Majistret baharu yang dianggarkan bernilai RM15 juta di tapak yang sudah dikenal pasti.

Artikel Berkaitan:

"Kemudian kita akan lihat pula di Marang dan di Kemaman kerana Kemaman pun perlu memandangkan 'kadar kes ' dia agak tinggi dan di kawasan bandar," katanya. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!