Tak hadap RM412 juta...

Abdul Raouf al-Mohtaseb
Abdul Raouf al-Mohtaseb
A
A
A

RAMALLAH - PALESTIN. Seorang penduduk Palestin yang tinggal di Kota Hebron menolak tawaran daripada penduduk Israel yang mahu membeli rumah dan tanahnya berharga AS$100 juta (RM412 juta).

Abdul Raouf al-Mohtaseb berkeras enggan menjual kediaman dan tanahnya yang berhadapan Masjid Ibrahim di al-Sahla di Hebron walaupun telah berulang kali mendapat tawaran daripada pendatang Israel tersebut.

"Saya rela menolak tawaran sebanyak itu. Tidak kisah berapa jumlah yang ditawarkan. Saya tidak akan mengkhianati negara sendiri atau penduduk Palestin," tegasnya.

Difahamkan, al-Mohtaseb pernah ditawarkan wang AS$6 juta (RM25 juta) untuk mendapatkan rumah dan tanah miliknya.

Selepas tawaran pertama ditolak, dia kembali ditawarkan AS$40 juta (RM165 juta) dan AS$100 juta (RM412 juta).

Walaupun diberi tawaran tinggi, dia menegaskan tidak akan mengubah pendiriannya dan terus menjadi penjaga masjid tersebut. - Middle East Monitor

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!