Tahniah ‘bawangrians’ Malaysia, anda memang berani!

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Ketegasan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melarang kemasukan atlet dari Israel menyertai Kejohanan Renang Para Dunia yang akan diadakan di Sarawak, Julai nanti nampaknya kurang disenangi pemimpin dari ‘negara’ berkenaan.

Mungkin merasakan mereka tidak pernah berbuat salah, jurucakap Kementerian Luar Israel dengan bersahaja melabel Dr Mahathir sebagai anti semitik kerana tidak membenarkan atletnya memasuki Malaysia.

Malah, sebuah laman Facebook ‘pro-Israel’ memuat naik status menyanggah ketegasan perdana menteri dengan mengatakan “Mana-mana pemimpin dunia yang melarang Israel bersukan di negara mereka seharusnya DISINGKIRKAN dari pejabatnya”.

Meskipun status tersebut dimuat naik pada 15 Januari lepas namun ia tidak sedikit pun merencatkan ‘bawangrians’ Malaysia untuk menyerang laman tersebut. Ketika artikel ini ditulis, komen di status tersebut mencecah 17,000 dan hampir 4,000 perkongsian dicatat.

Malah, angka tersebut dilihat terus meningkat dari semasa ke semasa. Antara komen yang mendapat paling banyak ‘likes’ adalah komen daripada Siti Nur Ain Azizan yang mengatakan rakyat Malaysia bukan anti semitik.

“Rakyat Malaysia bukan anti semitik. Kami mengalukan semua negara kecuali Israel. Lagipun, sejak bila Israel adalah sebuah negara?

“Sebagai rakyat Malaysia, saya menyokong perdana menteri saya, katakan tidak kepada Israel,” tulisnya yang mendapat hampir 8,000 likes.

Sementara itu, Intan Huzaifah Haniff berkata, ‘bawangrians’ dari Malaysia boleh memberi komen di hantaran tersebut sepanjang hari kerana hari ini adalah cuti umum.

Artikel Berkaitan:

“E-onion Army dari Malaysia, kami boleh lakukan ini sepanjang hari kerana kami semua cuti umum hari ini. Hahaha...,” tulisnya.

Menurut Sin Chan pula, dia menulis “Saya rakyat Malaysia dan saya sokong perdana menteri saya #MaluApaBossku?,” komennya.

Bagi Sherlin Reniedo pula, dia meminta Israel menghormati polisi diamalkan Malaysia.

“Jawapan mudah daripada rakyat Malaysia, Israel bukannya sebuah negara. Tolong hormati polisi negara kami. Kami tidak menyokong PENCEROBOH kini dan selamanya,” katanya.

Wan Mohamad Fadhli pula menulis ringkas, mengajak ‘bawangrians’ Malaysia berkumpul.

“Semua Bawangers Malaysia, berhimpun!!! #maluapabo55ku,” tulisnya.

Ternyata kehebatan netizen di Malaysia sukar disangkal lagi. Ketika mereka bersatu, maka heboh, kecoh, berantakanlah laman-laman sosial diserang ‘bawangrians’. Apa yang pasti, mereka memang berani, tegas, kadangkala kelakar juga.

Tahniah bawang-bawang dari Malaysia, anda memang hebat, memang berani. Teruskan berjuang, usah gentar bossku, kasi serang bossku!

‘Salute’ dari penulis untuk anda!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!