Perkhidmatan ATM BSN kembali beroperasi
KUALA LUMPUR - Pelanggan Bank Simpanan Nasional (BSN) kini boleh kembali menjalankan transaksi perbankan di semua mesin juruwang automatik (ATM) BSN.
BSN dalam kenyataan malam ini berkata untuk kemudahan pelanggan, perkhidmatan perbankan ATM bank itu dilanjutkan sehingga jam 2 pagi esok (22 Januari) dan beroperasi seperti biasa bermula jam 7 pagi.
"Kami amat menghargai kesabaran anda dan akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik," katanya.
Sistem perbankan teras BSN mengalami gangguan sejak jam 6.10 pagi Sabtu (19 Januari), dan menjejaskan operasi perbankannya di semua cawangan serta saluran perbankan automatik kecuali kemudahan Kad Kredit BSN.- Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!