Kapal APMM Kelantan terbakar
PASIR PUTEH - Warga Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan gempar apabila sebuah kapal milik pasukan itu yang dalam proses penyelenggaraan di Tok Bali di sini terbakar secara mengejut hari ini.
Kejadian jam 12 tengah hari itu tidak melibatkan kemalangan jiwa.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Penolong Penguasa Bomba Azhar Elmi Mustofar berkata, sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 12.05 tengah hari itu seramai 18 anggota dari Balai Pasir Puteh dan Tok Bali telah dikerah ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja memadam kebakaran dan menyelamat.
"Kebakaran ini melibatkan bahagian enjin kapal sahaja.
"Kita masih lagi menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca sebenar kebakaran tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.
Menurutnya, kebakaran tersebut melibatkan 50 peratus daripada keseluruhan kapal itu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!