MAIWP lancar aplikasi jejak asnaf

Dr Zulkifli (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Wakil Persatuan Cina Muslim Cawangan Wilayah Persekutuan Profesor Dr Ann Wan Seng pada Majlis Penyerahan Bantuan Aktiviti Dakwah dan Kebajikan serta Pelancaran Aplikasi Mobile Jejak Asnaf (MoJA) di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) hari ini.Foto: Bernama
Dr Zulkifli (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Wakil Persatuan Cina Muslim Cawangan Wilayah Persekutuan Profesor Dr Ann Wan Seng pada Majlis Penyerahan Bantuan Aktiviti Dakwah dan Kebajikan serta Pelancaran Aplikasi Mobile Jejak Asnaf (MoJA) di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) hari ini.Foto: Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) melancarkan Aplikasi Mobil Jejak Asnaf (MoJA) untuk menjejak dan membantu golongan asnaf di Wilayah Persekutuan.

MoJA yang dilengkapi sistem pengesanan lokasi GPS membolehkan orang awam membantu Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP mengesan dan melaporkan asnaf yang memerlukan bantuan di Wilayah Persekutuan.

Aplikasi mudah alih itu dilancarkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada satu majlis di sini hari ini.

Zulkifli berkata, MoJA akan memudahkan skuad jejak asnaf turun padang dan terus ke lokasi dilaporkan.

“Orang awam akan lebih mudah untuk melaporkan tentang asnaf dan mereka yang memerlukan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

“Pengadu juga boleh mengambil gambar dan memuat naik gambar itu menerusi aplikasi ini untuk memudahkan lagi rujukan skuad jejak asnaf,” katanya semasa berucap pada majlis pelancaran MoJA.

Aplikasi itu akan menjadi medium tambahan kepada orang awam untuk berhubung dengan Skuad Jejak Asnaf Baitulmal berbanding sebelum ini menerusi talian bebas tol, talian hotline dan media sosial.

Orang ramai khususnya di Wilayah Persekutuan boleh memuat turun aplikasi ini di Google Play Store dan Apple Apps Store.

Artikel Berkaitan:

Pada majlis sama, Zulkifli turut menyampaikan dana zakat MAIWP bernilai RM1.59 juta kepada 46 institusi yang terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO), pusat tahfiz dan rumah kebajikan. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!