Ajal ketika mandi sungai

Mangsa ditemui terperangkap kira-kira tiga meter di dasar sungai.
Mangsa ditemui terperangkap kira-kira tiga meter di dasar sungai.
A
A
A

TANJUNG MALIM - Seorang remaja lelaki ditemukan lemas selepas dibawa arus deras ketika mandi di Sungai Bil, Slim Village di sini hari ini.

Mangsa, Mohd Hafizudin Amir Yusri, 18, ditemui ketika kerja-kerja mencari dan menyelamat dilakukan anggota bomba sekitar jam 2.14 petang.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, maklumat awal mendapati mangsa bersama tujuh rakan lain dari Felda Gunung Besout 2 datang ke kawasan perkelahan itu menaiki enam motosikal pada jam 12 tengah hari.

Menurutnya, mereka kemudiannya mandi di kawasan berdekatan Stesen Mini Hidro Tenaga Nasional Berhad (TNB) Sungai Bil dan berhenti makan.

"Lebih kurang jam 1 petang mereka mandi semula di kawasan yang sama dan semasa sedang mandi mangsa didapati pergi kawasan yang dalam dan tergelincir.

"Seorang rakan cuba menarik tangan mangsa tetapi mangsa tenggelam. Rakannya itu kemudian telah menelefon MERS 999 bagi meminta bantuan," katanya.

Kerja-kerja pengalihan oleh anggota bomba selepas mayat mangsa berjaya ditemukan.
Kerja-kerja pengalihan oleh anggota bomba selepas mayat mangsa berjaya ditemukan.

Beliau berkata, mangsa berjaya dibawa keluar dari kawasan itu oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim.

Artikel Berkaitan:

"Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Slim River untuk bedah siasat," katanya.

Dalam pada itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, panggilan kejadian itu diterima pada jam 1.05 petang tadi.

"Operasi menyelamat dimulakan dengan menggunakan tali dan streacher bagi mengambil mangsa yang terperangkap kira-kira tiga meter di dasar sungai, operasi tamat pada jam 2.48 petang," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!