Arab Saudi benarkan 1,000 jemaah tunai haji
RIYADH - Arab saudi akan memberi kebenaran kepada kira-kira 1,000 jemaah haji yang tinggal di negara itu untuk menunaikan haji pada tahun ini.
Menurut Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Mohammad Benten, jumlah itu dikurangkan susulan pandemik koronavirus (Covid-19).
"Jumlah jemaah hanyalah sekitar 1,000 orang, mungkin lebih sedikit atau kurang daripada itu. Yang pasti, angkanya bukan puluhan atau ratusan ribu untuk tahun ini," katanya. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!