20 tentera maut serangan bom kereta di Afghanistan

Militan Taliban mengebom sebuah pangkalan tentera di wilayah Wirdak, Afghanistan semalam. - Foto Reuters
Militan Taliban mengebom sebuah pangkalan tentera di wilayah Wirdak, Afghanistan semalam. - Foto Reuters
A
A
A

WARDAK - AFGHANISTAN. Sekurang-kurangnya 20 anggota tentera maut, manakala berpuluh yang lain cedera susulan serangan militan di sebuah pangkalan tentera Afghanistan, semalam.

Serangan Taliban yang menyasarkan anggota Direktorat Keselamatan Negara (NDS) itu, menyaksikan kumpulan militan terbabit merempuh masuk pangkalan tentera di wilayah Wirdak lalu meletupkan sebuah kenderaan yang dipenuhi bahan letupan.

Dalam pada itu, laporan sesetengah media tempatan menyebut, jumlah kematian mungkin lebih tinggi, namun maklumat tersebut tidak dapat dipastikan.

Kuasa dan kawalan militan Taliban dikatakan semakin meningkat sejak pengunduran pasukan tentera negara luar dari Afghanistan pada 2014.

Terdahulu, Presiden Ashraf Ghani berkata, lebih 28,000 anggota polis dan tentera Afghanistan terbunuh sejak 2015.- BBC

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!