Djokovic sah dijangkiti Covid-19

Novak Djokovic
Novak Djokovic
A
A
A

Pemain tenis lelaki nombor satu dunia, Novak Djokovic dari Serbia disahkan positif dijangkiti wabak Covid-19 selepas beraksi dalam satu kejohanan pertunjukan di Croatia minggu lalu.

Djokovic telah menjalani ujian Covid-19 pada Isnin lalu setelah kembali ke Belgrade. Isterinya, Jelena juga disahkan positif mengidap Covid-19, tetapi anak-anaknya tidak dijangkiti pandemik itu.

Sebelum itu, pemain Croatia, Borna Coric, Grigor Dimitrov dari Bulgaria dan Viktor Troicki (Serbia) turut positif Covid-19 selepas beraksi pada kejohanan pertunjukan tersebut atau dikenali sebagai Jelajah Djokovic Adria.

"Kami menganjurkan kejohanan pada saat virus itu semakin lemah. Malangnya, virus ini masih ada dan ia adalah situasi baharu yang perlu kita pelajari dan hadapi.

"Saya sangat menyesal dengan setiap kes jangkitan yang berlaku. Saya harap ia tidak akan merumitkan keadaan kesihatan seseorang dan semua orang akan berada dalam keadaan baik saja.

"Saya akan mengasingkan diri selama 14 hari akan datang dan melakukan ujian semula dalam masa lima hari lagi," kata Djokovic yang mengatakan idea di sebalik kejohanan itu adalah untuk mengumpulkan dana kepada pemain tenis yang terkesan akibat Covid-19.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!